‘Saya tidak rasa teraniya’ - Norhizam - Utusan Malaysia

‘Saya tidak rasa teraniya’ – Norhizam

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak berasakan dirinya teraniaya, meskipun dua rakan seperjuangan meneruskan langkah politik atas tiket Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau menyifatkan, sesebuah parti hanyalah membawa perlambangan logo semata-mata dan tidak mempunyai sebarang kelebihan, andai dibandingkan dengan calon yang berdiri sebagai Bebas.

Justeru katanya, keputusan calon PH DUN Asahan, Datuk Seri Idris Haron dan calon PH DUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan yang masing-masing menyertai PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak membawa maksud tentangan atau pengkhianatan.

“Saya tidak raya teraniaya, pada saya rakyat pada hari ini sudah bijak memilih, melihat apa yang berlaku.

“Saya mungkin dilahirkan untuk rakyat, sebagai Bebas dan pada saya, parti itu hanyalah sekadar membawa logo dan simbol sahaja. Apa yang penting, bila kita sudah takbur bakti, insya-Allah kita akan menang,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Operasi DUN Pengkalan Batu di Taman Lagenda, Peringgit di sini hari ini.

Tambahnya, hubungannya dengan kedua-dua bekas ADUN itu juga baik dan tidak mempunyai masalah.

Mengulas lanjut, Norhizam turut mengakui, ada menerima pelawaan daripada empat parti sebelum mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas.

“Ada (tawaran menyertai parti lain) lebih empat parti, cuma bila saya nak masuk itu banyak sangat ‘ding dong’ (kerenah).

“Contoh saya nak masuk PH, kita tengok di pihak DAP pula Lim Guan Eng banyak sangat (syarat). Jadi baik saya bertanding atas tiket Bebas, rumah kita, kita bebas bersuara dan bebas bercakap,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya