Jangan heret bola masuk istana, tak kan nak score bola kena angkat sembah dulu - Sanusi - Utusan Malaysia

Jangan heret bola masuk istana, tak kan nak score bola kena angkat sembah dulu – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan beliau mempunyai hak untuk bercakap mengenai bola sepak dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menegaskan, beliau dan Tunku Ismail adalah sama rata ketika berada di padang bola.

“Saya Presiden KFA, dia (Tunku Ismail) pemilik kelab JDT, saya ada hak (bercakap). Saya bukan bercakap dengan anak raja, saya cakap dengan pemilik kelab JDT, jangan kata saya derhaka pulak.

“Main bola apa kira derhaka tak derhaka. Kalau tidak nak score (jaring) gol kena angkat sembah dulu, mampuih lah kita, nak buat macam mana. Main bola cara bola lah, jangan dok ambil hati pulak, jangan dok heret bola masuk istana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara dalam talian selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Persidangan DUN tersebut bermula pada Ahad lalu dan berakhir pada hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, beliau berharap KDA FC dapat menewaskan JDT pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor malam ini.

“Saya harap dengan semangat jitu dan kental, azam yang tinggi dalam kalangan pemain, kedah akan dapat menewaskan JDT di kampung halaman mereka sendiri.

“Menang 2-1 pun dah cukup, saya doakan. Kedah pantang kalah, pulun Kedah pulun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya