Sarawak beli ubat Molnupiravir - Utusan Malaysia

Sarawak beli ubat Molnupiravir

Douglas Uggah (kiri) menyampaikan cek untuk dana Katedral St Thoms kepada Danald Jute di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak sedang giat berunding untuk membeli ubat anti-virus Molnupiravir untuk rawatan Covid-19 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, usaha itu adalah sebagai tambahan kepada sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dalam membendung penularan Covid-19 di negeri itu.

“Kami cuba yang terbaik.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak sedang melakukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan cek berjumlah RM500,000 daripada Unit Untuk Agama Lain (Unifor) kepada Katedral St Thomas di sini hari ini.

Bishop Kuching Rev Datuk Danald Jute menerima cek tersebut.

Bantuan tersebut adalah untuk membantu kos pentadbiran dan operasi katedral itu.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata ubat itu kini sudah tersedia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 7 Oktober berkata Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Merck Sharp & Dohme (MSD) untuk membeli 150,000 biji Molnupiravir.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh firma itu menunjukkan ubat itu mampu mengurangkan 50 peratus kemasukan ke hospital.

Ia juga berkesan terhadap varian Covid-19 yang lebih menular termasuk Gamma dan Delta.

Khairy bagaimanapun menegaskan bahawa ia tidak mencegah jangkitan dan hanya bermanfaat untuk orang yang telah dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, Uggah berkata kerajaan amat menghargai peranan yang dimainkan oleh gereja dan rumah ibadat lain dalam membantunya memerangi pandemik Covid-19.

“Kamu semua sangat memahami. “Anda semua telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) daripada JPBN dengan baik,” katanya.

Uggah juga mahu gereja dan kuil terus menasihati jemaah mereka tentang kepentingan mematuhi semua SOP.

“Terus sampaikan mesej ini kepada rakyat.

“Mari kita bekerjasama memerangi wabak ini,” tambahnya.

Mengenai dana itu tersebut beliau berkata ia adalah salah satu daripada dua inisiatif baharu daripada Unifor.

“UNIFOR ada dua program baharu tahun ini, iaitu peruntukan berjumlah RM15 juta untuk membantu semua sekolah mubaligh dan peruntukkan sejumlah RM5 juta untuk membantu semua gereja dan kuil dalam menampung kos pentadbiran dan operasi mereka,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Rev Datuk Danald mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas kebaikan dan kemurahan hati” kepada gereja dan kini sekolah mubaligh.

Beliau berkata bantuan kewangan yang disalurkan melalui Unifor akan membantu mereka bergerak ke hadapan.

“Dana itu juga akan membantu kami berkhidmat terutamanya di kawasan luar bandar,” tambahnya.

Rev Danald juga berterima kasih kepada kerajaan dan SDMC atas usaha bersepadu dalam memerangi wabak itu.

Beliau berkata, Uggah dan ahli-ahli jawatankuasanya, pakar kesihatan serta barisan hadapan telah melakukan banyak kerja dan pengorbanan dalam perjuangan memerangi wabak Covid-19.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya