Remaja lelaki 16 tahun dilaporkan hilang - Utusan Malaysia

Remaja lelaki 16 tahun dilaporkan hilang

Tay Hoe Guan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Damai Mewah, Jalan Semenyih, Kajang di sini sejak 17 November lalu.

Memberitahu Utusan Malaysia, kakak kepada remaja berkenaan, Tay Wey Shein, 18, berkata, adiknya, Tay Hoe Guan telah keluar dari rumahnya seorang diri pada pukul 3.58 pagi pada Selasa lalu dan tidak pulang sehingga hari ini.

RAKAMAN CCTV menunjukkan Tay Hoe Guan berjalan kaki tanpa memakai kasut berhampiran dengan rumahnya.

Katanya, kali terakhir bertemu dengan adiknya adalah pukul 11 malam sebelum dia dan ibunya masuk tidur.

“Adik saya keluar tidak membawa sebarang beg. Malah telefon bimbit, dompet serta kad pengenalan miliknya juga ditinggalkan.

“Kami telah mencarinya di rumah saudara-mara dan rakan-rakanya tetapi dia tidak mengunjungi rumah mereka. Susulan itu, kami telah membuat laporan polis berhubung kehilangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Wey Shein turut memberitahu, keluarganya ada menerima maklumat oleh rakan-rakanya adiknya telah melihat remaja itu berada di sekitar kawasan Stesen MRT Kajang, namun tidak dapat dipastikan mengenai perkara itu.

“Ada juga maklumat kita terima dia dipercayai di Balakong, tetapi, bagaimana adik saya boleh ke sana sedangkan dia tidak membawa duit bersamanya,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kehilangan membabitkan remaja itu.

Kata beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan remaja berkenaan dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berhampiran.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya