Rasuah: Pesara polis marin didenda RM100,000 - Utusan Malaysia

Rasuah: Pesara polis marin didenda RM100,000

ZUBAIRI Abd. Mutalib dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah  atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,700. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pesara polis marin berpangkat koperal didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,700 empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, M. Bakri Abd. Majid menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Zubairi Abd. Mutalib, 60, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.

Tertuduh turut berhadapan hukuman penjara 57 bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan wang simpanan berjumlah RM18,494.75 termasuk faedah sehingga 25 November 2021 di dalam nombor akaun di Maybank Islamic Berhad dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut pertuduhan, Zubairi yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jentera Ronda PSC 16 di Pengkalan Polis Marin, Kampung Acheh, Sitiawan didakwa memperoleh suapan iaitu wang berjumlah RM20,700 daripada Tan Kuang Hooi, 50, melalui akaun simpanan Maybank yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia dituduh menerima wang itu antara 2 Mac hingga 29 september 2017 di Pusat Bandar Sri Manjung, Manjung.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya