Rakyat Melaka diberi cuti kelepasan Sabtu ini - Utusan Malaysia

Rakyat Melaka diberi cuti kelepasan Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri mengumumkan hari kelepasan am khas sempena hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata, kerajaan negeri menetapkan 20 November sebagai hari kelepasan am khas negeri bagi membolehkan rakyat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena PRN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.

“Penetapan Hari Kelepasan Am Khas Negeri Melaka tersebut adalah dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon (8 November) dan undi awal, 16 November. 

PRN dilaksanakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pada 4 Oktober lalu.

BN akan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN dengan UMNO bertanding di 20 kerusi, MCA (tujuh) dan MIC (satu).

PN turut mengumumkan bertanding di 28 kerusi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding di 15 kerusi, Pas (lapan) dan Gerakan (lima).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya