Qiem Churros mahu kurangkan berat badan - Utusan Malaysia

Qiem Churros mahu kurangkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Muhammad Aidi Hakim Subry atau lebih dikenali sebagai Qiem Churros akui mengurangkan berat badannya adalah cabaran terbesarnya setakat ini.

“Saya perlu menurunkan berat badan kerana ia sangat penting untuk kesihatan selain mampu meningkatkan stamina saya ketika menyanyi. Namun, ia tidak mudah untuk dilakukan.

“Saya teringin sangat mahu pakai pakaian seperti orang lain dan kelihatan segak. Susah untuk saya mencari pakaian yang sesuai dengan badan saya ini,” kata anak kelahiran Pahang ini.

Bagaimanapun Qiem berkata, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga yang menyokong dan membantunya dalam perjalanan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Bagi yang belum kenal siapa pemuda berusia 19 tahun ini, bakat Qiem dicungkil menerusi program realiti Vokal Mania pada tahun lalu.

Walaupun dia tidak berjaya ke peringkat separuh akhir, namun bakatnya telah mendapat perhatian umum sehingga dia berjaya mendapatkan undian peminat untuk membuat persembahan di peringkat akhir pertandingan tersebut dengan menyanyikan lagu berjudul Seribu Tahun.

Qiem juga tidak lokek berkongsi pengalaman lucunya semasa membuat persembahan itu. Perasaan yang terlalu gemuruh ketika itu telah membuatkan dia terkucil semasa menyanyikan lagu tersebut.

“Terlalu banyak perkara bermain di fikiran semasa membuat persembahan itu sampai saya terkucil tetapi saya teruskan juga persembahan itu sehingga habis.

“Saya ambil semua itu sebagai satu pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Antara sebab lain saya terkucil itu adalah kerana saya tak panaskan badan dengan betul sebelum membuat persembahan dan rasa agak semput ketika naik ke atas pentas,” jelas anak sulung daripada lima beradik itu.

Bercakap mengenai perkembangannya, baru-baru ini Qiem telah mengeluarkan single terbaharunya bertajuk Mengundang Pelangi yang diterbitkan oleh label rakaman Aci Aci Buka Pintu (AABP Music) dan Kame Music Productions.

Lagu yang ditulis oleh Khairul Nizam dan dicipta oleh Kamal Luqman itu dihasilkan khas buat Qiem berdasarkan kekuatan vokalnya.

“Lagu tersebut adalah tentang harapan. Setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan seperti pandemik Covid-19, lagu tersebut seakan-akan memberi sinar untuk meneruskan hidup seperti biasa.
“Lagu yang telah dilancarkan pada September lalu itu boleh didengari di semua platform digital,” katanya.

Qiem berharap orang ramai boleh faham mesej yang disampaikan melalui lagu tersebut dan ia dapat diterima pendengar. Pada masa depan, Qiem merancang untuk mengeluarkan lagu yang ditulis sendiri selain mengeluarkan lagu duet bersama Imran Ajmain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya