Proses pengundian di Kem Terendak berjalan lancar - Utusan Malaysia

Proses pengundian di Kem Terendak berjalan lancar

ANGGOTA tentera dikenakan dakwat kekal pada jari telunjuk sebelum mengundi pada hari mengundi awal sempena PRN Melaka di SK Terendak 2, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di empat buah lokasi di Kem Terendak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang yang bermula pukul 8 pagi tadi berjalan lancar.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 1, SK Kem Terendak 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak dan Dewan Borhan di sini mendapati, kawalan ketat dikuatkuasakan di pintu masuk tempat pengundian.

Sejak pukul 7.30 pagi, anggota tentera pelbagai pangkat mula beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal serta dikawal ketat anggota tentera bertugas di semua lokasi tersebut.

Setiap pengundi dilihat menjalani imbasan suhu di kaunter saringan suhu badan yang disediakan.

Tinjauan juga mendapati, kesemua pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan tanpa sebarang masalah.

Kawalan ketat itu dibuat sebagai pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Seramai 9,565 anggota tentera di Kem Terendak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal, yang mana seramai 1,374 mengundi di SK Terendak 1, 3,359 pengundi di SK Terendak 2, 3,391 pengundi di SMK Kem Terendak dan 1,441 pengundi di Dewan Borhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN