PRN Melaka: Dialetika TV sedia anjur debat Ketua Menteri - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Dialetika TV sedia anjur debat Ketua Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Platform advokasi dasar dalam talian, Dialektika TV memberi ruang kepada calon Ketua Menteri Melaka daripada pelbagai parti untuk berdebat sesama sendiri melalui platform tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar berkata, pihaknya mencadangkan acara tersebut diadakan pada 18 November bermula pukul 9.30 malam.

“Sebagai platform advokasi dasar dalam talian pihak kami komited menerbitkan kandungan berkait pendidikan politik kepada audiens tempatan dan serantau.

“Ia sejajar dengan perkembangan politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan untuk kempen diadakan secara maya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sayed Munawar berkata, sehubungan dengan itu, pihaknya telah menghantar undangan rasmi kepada semua parti jalur utama dan calon Ketua Menteri yang berpotensi untuk hadir dalam sesi debat tersebut.

Katanya, penganjuran debat itu nanti akan memberi ruang dan peluang kepada masyarakat akar umbi untuk mencerna keupayaan kepimpinan calon Ketua Menteri dan membuat perbandingan dasar yang diketengahkan parti masing-masing.

“Kami yakin budaya mujadalah matang merupakan platform terbaik untuk meyakinkan pengundi di samping memanfaatkan ketelusan dalam ruang maya semasa,” katanya.

Mengulas mengenai format debat, ia akan diumumkan selepas menerima maklum balas kesediaan daripada semua pihak yang diundang.

Jelasnya, penonton mahupun pengundi PRN Melaka boleh memanfaatkan media sosial masing-masing bagi menyuarakan soalan mahupun bertingkah bersama-sama di dalam ruang soal jawab sepanjang debat berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya