MELAKA: Barisan Nasional (BN) bukan sahaja kembali membentuk kerajaan negeri Melaka, malah berjaya mencatat kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang keputusannya diumumkan malam ini.
Dengan kemenangan dua pertiga Dewan Undangan Negeri itu, BN menyamai pencapaian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di mana parti menang 21 kerusi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) BN hanya menang 13 kerusi iaitu semua kerusi UMNO.
Dengan kemenangan dua pertiga itu BN bukan sahaja akan membentu kerajaan tetapi juga berupaya meminda perlembagaan negeri termasuk memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
Dan seperti yang dijanjikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka mengangkat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 esok selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri Melaka.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila menguasai 20 kerusi setakat kini.
Sulaiman sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN berjaya mendapat mandat kerajaan negeri.