Poster desak Ahmad Zahid letak jawatan digantung sekitar Melaka - Utusan Malaysia

Poster desak Ahmad Zahid letak jawatan digantung sekitar Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Berbaki tempoh 48 jam berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dilihat beberapa poster mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan digantung di beberapa kawasan sekitar Melaka.

Dalam poster itu, tertera ayat ‘Akar umbi UMNO negeri Melaka kecewa kerana masalah pasir Presiden UMNO gagal menghalang PRN Melaka’.

Dalam poster itu juga turut mamaparkan logo UMNO, Barisan Nasional (BN) dan wajah presiden parti itu sendiri.

Berdasarkan pemerhatian Utusan Online, poster-poster itu digantung di beberapa kawasan, antaranya di Sungai Udang dan Alor Gajah.

Sebelum ini, media melaporkan, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mendakwa, terdapat pemimpin UMNO di Melaka terbabit dalam penyelewengan royalti pasir menyebabkan beliau bersama tiga ADUN lain menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka.

Tiga ADUN lain yang terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mustahil calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali terbabit dalam skandal pasir di Melaka kerana beliau baru sahaja menjadi Ketua Menteri tahun lalu.

“Cerita pasir ni dah lama sejak saya jadi menteri besar penggal pertama di Negeri Sembilan. Saya bantah, kerana nak tambak sebelah sempadan Negeri Sembilan, saya tak setuju.

“(Isu pasir) bukan zaman dia (Sulaiman), dah lama dah…sampai saya buat bantahan dalam Majlis Fizikal Negara pada ketika itu kerana saya buat Taman Laut di Teluk Kemang, 200 ekar kita gazetkan untuk batu karang, zaman tu lagi dah buat (tambak laut).

“Apa cerita sekarang baru bising? Sebab tak dapat jadi Ketua Menteri? Cuba baca buka buku balik…,” katanya dalam program bual bicara secara maya sempena kempen PRN Melaka malam tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya