Polis Terengganu lupus dadah RM5.6 juta  - Utusan Malaysia

Polis Terengganu lupus dadah RM5.6 juta 

NORHALID Kimi (tengah) menunjukkan pelbagai jenis dadah bernilai RM5.6 juta yang dilupuskan di IPK Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM5.6 juta. 

Timbalan Ketua Polis negeri, Norhalid Kimi berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 4,633 kertas siasatan dalam tempoh 1997 hingga kini. 

Katanya, antara dadah berkenaan ialah ganja seberat hampir 53 kilogram, daun ketum (21.12 kilogram), heroin (8.45 kilogram), pil kuda (7.79 kilogram), syabu (2.07 kilogram), eramin (386 gram) dan ecstasy (0.69 gram).

“Turut dilupuskan ialah cecair ketum seberat 102,890 liter dan ubat batuk (3,027 liter) manakala baki 92.85 kilogram dan 105,900 liter lagi dadah pelbagai jenis  dikendalikan syarikat pelupusan sisa pepejal, Kualiti Alam Sdn. Bhd.,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. 

Sementara itu, Norhalid berkata, nilai rampasan dadah di Terengganu tahun ni meningkat hampir sekali ganda kepada RM5.2 juta berbanding RM2.8 juta pada 2020.

Katanya, jumlah tangkapan dari Januari hingga kini pula membabitkan seramai 1,159 individu yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 39A(2) dan 39B Akta Dadah Berbahaya berbanding 882 orang dalam tempoh sama tahun lalu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN