Polis selamatkan seorang isteri ‘dilarikan’ suami - Utusan Malaysia

Polis selamatkan seorang isteri ‘dilarikan’ suami

S. VIJAYA RAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang remaja perempuan warga Indonesia berusia 17 tahun berjaya diselamatkan polis selepas hampir 24 jam ‘dilarikan’ oleh suaminya sendiri berusia 20-an dalam satu kejadian di tepi jalan Bukit Kapar, di sini Selasa lalu.

Mangsa sebelum ini cuba dibawa lari oleh suspek pada pukul 10.30 malam Selasa lalu dan hendak dibawa ke sebuah rumah di Felda Sungai Trolak, Perak.

Namun polis berjaya menahan suspek yang berasal dari negara sama dan menyelamatkan mangsa kira-kira 117 kilometer (KM) dari lokasi remaja berkenaan dilarikan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao berkata, tindakan diambil selepas seorang pengadu membuat satu laporan polis pada pukul 10.30 malam 16 November lalu apabila mendengar jeritan seorang perempuan.

“Bertindak di atas maklumat, kelmarin sepasukan anggota Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pergi ke alamat Felda Sungai Trolak, Sungai Perak dan menangkap seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Hasil siasatan mendapati mangsa seorang warga  asing berumur  17 tahun telah berkahwin dengan suspek yang berasal dari negara sama berumur anggaran 20 an tanpa mendaftar perkahwinan mereka. Semasa tangkapan mangsa didapati berada bersama suspek,” katanya.

Bagaimanapun, Vijaya Rao menjelaskan insiden yang berlaku adalah melibatkan hal rumah tangga dan punca kejadian kerana berlaku perselisihan faham sebelum suspek bertindak melarikan isterinya itu.

“Suspek ditahan reman selama 14 hari sehingga 1 Disember ini bagi membantu siasatan, Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Terdahulu dalam tular satu hantaran gambar motosikal dipercayai dinaiki oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan. Berdasarkan maklumat pada gambar berkenaan, suara seorang perempuan menjerit kedengaran sebelum motosikal terbabit ditinggalkan. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya