Polis giat memburu lima lelaki lari dari depoh tahanan - Utusan Malaysia

Polis giat memburu lima lelaki lari dari depoh tahanan

LIMA tahanan lelaki warga Filipina yang masih diburu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Polis mempergiatkan usaha mengesan lima lelaki warga Filipina yang meloloskan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) pada Rabu lalu.

Setakat semalam, sembilan daripada 14 tahanan yang melarikan diri berjaya ditahan semula di sekitar daerah ini.

Lima tahanan yang masih dikesan ialah Nadzwin Usman, 24; Herman Bilau, 35; Husin Japar, 43; Pertama Lapanji, 40, dan Tuliang Maddalani, 35.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Batholomew Ak Umpit berkata, dua tahanan iaitu Pertama Lapanji dan Tuliang Madalani dikesan melarikan diri dengan cara berenang ke laut.

Beliau berkata, usaha mengesan kesemua lima tahanan masih giat dilakukan.

Pada pukul 3.30 pagi Rabu llau, semua 14 tahanan lelaki melarikan diri dari DTI dengan memanjat serta mengumpil bumbung tandas setinggi hampir dua meter dan seterusnya memotong pagar pusat tahanan menggunakan alat pemotong.

Walau bagaimanapun, tujuh daripadanya berjaya ditahan semula pada hari yang sama manakala dua tahanan lagi berjaya ditangkap semalam.

Operasi memburu tahanan itu dilakukan dengan bantuan daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Pasukan Gerakan Udara (PGU), unit anjing pengesan K9 dan Pasukan Polis Marin (PPM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN