PN hanya jawab tuduhan, bukan serang pihak lawan - Utusan Malaysia

PN hanya jawab tuduhan, bukan serang pihak lawan

WAN Saiful Wan Jan (dua dari kanan) menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar PN di Pejabat Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) hanya menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pihak lawan dan bukannya menyerang secara membuta tuli.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan, penggunaan bahasa kasar dan menyerang pihak lain bukan budaya PN.

Jelas beliau, setiap tuduhan perlu dijawab dan apabila PN bertindak sedemikian, timbul pula isu dikatakan menyerang pihak lawan.

“Kalau lihat cara kita (PN), berapa kali kita menyerang secara terbuka. Kita terpaksa menjawab apa tuduhan yang dilemparkan. 

“Apa yang saya cakap seperti PH tidak tepati janji, sekadar janji populis dan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya kenaikan kes Covid-19 di Melaka, ini realiti dan bukan serangan.

“Kita menjelaskan kepada rakyat situasi sebenar. Calon-calon dan jentera parti juga diarahkan menjelaskan apa sebenarnya yang PN tawarkan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya di sini hari ini.

Hadir sama calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Muhammad Al Afiz Yahya dan calon DUN Ayer Molek, Mohd. Fadly Samin.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, serang menyerang pihak lawan merupakan taktik diversion (pengalihan) yang selalu diulang-ulang.

Katanya, PN tetap bersungguh menjelaskan kepada pengundi berkenaan tawaran yang dibawa dan keputusan membuat pilihan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN