'Pilih kerajaan ada rekod cemerlang' - Sulaiman - Utusan Malaysia

‘Pilih kerajaan ada rekod cemerlang’ – Sulaiman

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER KEROH: Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berharap rakyat negeri ini dapat memilih kerajaan yang mempunyai rekod cemerlang yang boleh memerintah dengan stabil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Menurut calon Ketua Menteri BN itu, bukan sahaja sepanjang 18 bulan beliau mengetuai kerajaan negeri, malah sejak 60 tahun lalu Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir Melaka dengan cemerlang seperti dikecapi rakyat pada hari ini.

“Saya mohon rakyat di luar sana tolong jangan ulangi seperti apa yang dah berlaku, pastikan kerajaan yang dapat itu kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Biar rakyat memilih siapa yang mereka mahukan, cuma saya minta rakyat yang ada hari ini jangan salah pilih. Jangan jadi seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri,” kata beliau dalam wawancara bersama media di Seri Bendahara semalam.

Menurut Sulaiman yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, rakyat kini sudah tahu memilih parti manakah yang bakal diundi mereka pada hari pengundian PRN Melaka minggu depan.

Justeru katanya, rakyat kini lebih bijak memilih dan cerdik untuk menentukan siapa pemimpin yang lebih layak menentukan masa depan negeri Melaka.

“Rakyat tahu siapa yang nak pilih, tidak perlu nak kempen tunggu hari mengundi pangkah siapa sahaja mereka sudah tahu.

“PRU-14, tiga kali Perdana Menteri, Melaka pula dua Ketua Menteri. Ini sebab salah pilih, jadi waktu inilah kita perlu buat pilihan yang betul. Jadi pilihlah yang stabil iaitu BN,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya