PH Pusat tentukan kedudukan dua ADUN UMNO - Utusan Malaysia

PH Pusat tentukan kedudukan dua ADUN UMNO

ADLY Zahari bersama Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew meninjau projek tambakan laut yang didakwa turut menjadi punca bencana banjir di Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Nasib dua ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang digugurkan keahlian UMNO terus samar tanpa sebarang ratifikasi daripada Pakatan Harapan (PH). 

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari ketika ditanya mengenai perkara tersebut hanya memberitahu, pihaknya belum menerima kata putus daripada Majlis Presiden sama ada menerima kedua-dua individu terbabit atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini. 

“Proses di peringkat negeri memang kita asaskan melalui beberapa tindakan tetapi paling penting adalah keputusan di peringkat nasional yang memuktamadkan bukan sahaja dua (ADUN terbabit) tetapi 28 calon PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis Presiden akan memuktamadkan dan perkara itu sama ada melibatkan satu atau dua orang diumumkan nanti dalam sehari dua lagi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Melaka di Kampung Pandan Mawar, di sini hari ini. 

Terdahulu, Majlis Presiden PH membuat keputusan bahaw, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak dijadikan calon PH dalam PRN Melaka.

Tiga lagi ADUN kontroversi yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pada 4 Oktober lalu pula menyatakan, mereka kini hanya menanti isyarat daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan haluan dalam parti tersebut. 

Anwar pada Isnin lalu dilaporkan berkata, nasib dua bekas ADUN UMNO iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan, sama ada berpeluang bertanding mewakili PH pada PRN Melaka masih dalam perbincangan.

Katanya, perkara itu masih lagi dibincangkan dalam kalangan komponen PH membabitkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).  – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×