PH Melaka sedia pelawa Muda - Utusan Malaysia

PH Melaka sedia pelawa Muda

ADLY Zahari (tengah) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP di Kampung Pandan Mawar, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka bercadang mempelawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyertai payung besarnya bagi menambah sokongan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, PH sentiasa bersikap terbuka menerima banyak pandangan atau sokongan daripada semua pihak termasuk Muda. 

Kata beliau, PH Melaka sentiasa menggunakan kaedah berbincang untuk mencari hasil terbaik seiring dengan prinsip khemah besar yang diwujudkan bagi memacu kekuatan gabungan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biasanya kita akan membincangkan semua pandangan dan hasilnya mencari yang terbaik kerana dalam konteks PH, prinsipnya memastikan kita boleh membina kestabilan dalam PH. 

“Itu (menarik Muda menyertai PH) pun sebahagian daripada apa yang kita bincangkan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP di Kampung Pandan Mawar, di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat terbuka oleh Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam akaun Facebook rasminya semalam, yang menyatakan sokongan kepada PH sekiranya diberikan mandat oleh rakyat. 

Syed Saddiq turut menggesa agar PH membuat keputusan tepat dan menyifatkan, empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai pengkhianat dengan kepentingan peribadi. 

Mengulas lanjut, Adly memberitahu, senarai 28 calon yang akan bertanding untuk PH akan dimuktamadkan dalam tempoh dua hari lagi. 

“Setakat ini kita telah selesaikan logo, jumlah kerusi bagi ketiga-tiga parti di bawah PH. 

“Sekarang ini hanya tinggal proses untuk memuktamadkan senarai calon dalam tempoh sehari dua lagi,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×