PH gagal kerana punyai pasukan gagal - Utusan Malaysia

PH gagal kerana punyai pasukan gagal

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Walaupun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diketuai seorang negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun hanya mampu bertahan 22 bulan kerana mempunyai pasukan yang gagal.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kecemerlangan Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun lalu adalah disebabkan kerana beliau didukung satu pasukan iaitu UMNO.

Katanya, perkara sama terjadi melibatkan beberapa bekas pemimpin UMNO apabila mereka turut gagal setelah menyertai parti lain.

“Ketokohan mesti datang daripada satu pasukan yang baik. Adakah disebabkan individu itu atau pasukan diletakkan?

“Jadi pasukan dan institusi penting. Hal ini kerana institusi itu mempunyai khazanah pengalaman yang mendukung pemimpin itu,” katanya dalam Diskusi Perdana Barisan Nasional (BN) semalam.

Menurut Mohamad, berbanding BN yang mempunyai satu gagasan dan visi sama serta senada untuk membangunkan negara dengan perkara itu tidak berlaku dalam PH.

Justeru beliau komited bahawa 28 calon diketengahkan oleh BN merupakan satu pasukan terbaik akan melaksanakan amanah sebaiknya sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Calon parti kecil-kecil nak buat apa, maka pilih satu parti teras (BN) kalau nak betul-betullah,” katanya.

Beliau menegaskan keindukan parti itu amat penting demi kestabilan negara kerana sebarang perpecahan menyebabkan keadaan huru-hara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya