RANTAU PANJANG: Seorang pesara kerajaan terduduk dan hanya mampu termenung melihat tanaman kelapa dan pisang bermodalkan RM30,000 daripada wang pencennya, musnah ditenggelami banjir. Kesemua 305 anak pokok ditanam Che Nazir Che Soh, 62, di Kampung Luar, di sini rosak kerana terlalu lama terendam dalam takungan air atau ‘banjir termenung’ yang tidak surut-surut sejak dua minggu lalu. Che Nazir berkata, biarpun cuaca panas, banjir termenung yang melanda kampung itu tidak surut-surut…










