JOHOR BAHRU: Pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di 28 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukti jelas kedua-dua parti yang menjunjung ketuanan Melayu dan Islam itu hanya mengejar kuasa dan kedudukan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, hal ini membuktikan bahawa perjuangan parti yang kononnya mahu memperkukuh kerajaan Melayu yang sering digembar-gemburkan hanyalah retorik politik semata-mata. “Bagaimana sebuah kerajaan yang duduk di Persekutuan yang…










