Perjuangan Pas masih panjang - Ahmad Samsuri - Utusan Malaysia

Perjuangan Pas masih panjang – Ahmad Samsuri

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Walaupun tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun ia bukan penamat kepada perjuangan Pas.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kalah dan menang asdalah adat pertandingan, apa yang mustahak jentera parti sudah berusaha dengan terbaik.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kepemimpinan dan ahli Pas di samping penyokong dan pendukung Perikatan Nasional (PN) atas komitmen yang diberikan.

“Perjalanan kita jauh dan tidak terhenti setakat ini sahaja, malah perjuangan masih panjang. Teruskan bekerja untuk Malaysia yang lebih baik.

“Terima kasih buat rakyat Melaka yang turun mengundi, buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diamanahkan, selamat menjalankan tugas untuk rakyat Melaka,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Pas tewas di semua lapan kerusi ditandingi dalam PRN Melaka sekali gus mengulangi kekalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya