Perbincangan Johor dalam IMT-GT mula minggu depan - Utusan Malaysia

Perbincangan Johor dalam IMT-GT mula minggu depan

HASNI Mohammad (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Ikon Siswa Johor 2021 kepada pemenang di Hotel KSL, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor akan memulakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan berhubung kemasukan negeri itu dalam kerjasama wilayah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) pada minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perbincangan itu setelah keputusan kerajaan Pusat yang menjemput kerajaan Johor dalam kerjasama berkenaan, baru-baru ini.

Menurut beliau, negeri lain yang turut dijemput sama sebagai ahli baharu termasuklah Pahang dan Terengganu.

“Dahulu IMT-GT ini hanya melibatkan negeri di sebelah utara tanah air antaranya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.

“Tetapi kali ini Johor turut dijemput untuk menganggotai dan kita akan memulakan perbincangan pada minggu depan bagaimana kita dapat menjalin kerjasama pertumbuhan ekonomi ini,” katanya ketika berucap dalam Anugerah Ikon Siswa Johor 2021 (AISJ21), di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak IMT-GT Ke-13 secara maya pada 28 Oktober lalu memaklumkan keputusan melibatkan tiga negeri sebagai ahli baharu IMT-GT.

Tambah Hasni, penyertaan Johor dilihat amat bersesuaian kerana negeri ini turut menjalin kerjasama dengan Indonesia melalui Kepulauan Riau.

“Indonesia mahu membangunkan Riau sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi baharu, maka ia difikirkan bahawa Johor amat sesuai untuk terlibat sama. 

“Apabila Indonesia membangunkan daerah berkenaan, Malaysia juga harus membangunkan daerah di Pantai Barat. Maka dengan ini Johor mempunyai satu lagi pihak berkuasa wilayah (regional authority),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN