Seleweng dana, KP JUPEM akan didakwa hari ini

Seleweng dana, KP JUPEM akan didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berkaitan kes penyelewengan dana.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada pukul 9 pagi.

Pada 17 April lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkam ketua pengarah dan seorang pegawai kanan JUPEM yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah.

Pada 11 Februari lalu, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN