Penyu tidak termakan helah JDT - Utusan Malaysia

Penyu tidak termakan helah JDT

DECHI MARCEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu diingatkan tidak termakan dengan helah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Pemain tengah, Dechi Marcel berkata, skuad Sang Penyu perlu meneruskan kekuatan mereka bermain sebagai pasukan dalam misi menyekat kemaraan Harimau Selatan. 

Katanya, peluang Terengganu masih belum tertutup walaupun keputusan pusingan pertama memberi kelebihan kepada pasukan lawan.

“Kita masih ada harapan dengan syarat perlu berjuang sehabis baik kerana misi ke sana adalah untuk menang dan mara ke final Piala Malaysia sekali gus menceriakan para penyokong,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Marcel, kejayaan mengejutkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim dalam kempen Liga Super pada April lalu  mampu diulangi jika Terengganu meningkatkan corak permainan lebih baik.

“Kami tetap menjangkakan tentangan sengit tuan rumah yang sudah tentu akan turun memburu tambahan jaringan, namun tidak bermakna kita akan menyerah kalah sebelum permainan berlangsung,” katanya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya