Penyakit jantung iskemia punca kematian utama di Malaysia

Penyakit jantung iskemia punca kematian utama di Malaysia

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyakit jantung iskemia kekal atau penyakit jantung koronari sebagai penyebab kematian utama di Malaysia dengan merekodkan 18,515 kematian atau 17 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia menjadi sebab kematian utama di Malaysia sejak lebih dua dekad lalu yang mana menunjukkan peningkatan daripada 11.6 peratus pada 2000 kepada 17 peratus pada 2020.

“Sebanyak 12,707 (68.6 peratus) kematian disebabkan oleh penyakit jantung iskemia adalah dalam kalangan lelaki, manakala perempuan adalah seramai 5,808 (31.4 peratus).

“Penyakit ini juga merupakan sebab kematian utama bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia yang mana etnik bumiputera (16.6 peratus), Cina (16.0 peratus) dan India (22.8 peratus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sepanjang tahun lalu, Malaysia merekodkan 166,507 kematian dengan 109,155 atau 65.6 peratus daripadanya adalah disebabkan kematian yang disahkan secara perubatan manakala 57,352 (34.4 peratus) adalah sebab kematian yang tidak disahkan secara perubatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyakit jantung iskemia juga merupakan sebab kematian utama di 92 daerah pentadbiran dan peratusan tertinggi dicatatkan di daerah Kampar, Perak dengan 33.3 peratus.

Beliau berkata, di peringkat negara ASEAN, ia juga merupakan sebab kematian utama bagi negara Singapura, Thailand dan Filipina sementara trend sama juga turut dicatatkan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, United Kingdom dan Australia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya