Penumpang wanita maut, kereta dinaiki masuk parit - Utusan Malaysia

Penumpang wanita maut, kereta dinaiki masuk parit

PASUKAN bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang membantu mengeluarkan mangsa kemalangan yang tenggelam bersama kenderaan mereka dalam parit di Jalan Sungai Puloh, Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penumpang wanita maut manakala pemandu lelaki pula tidak mengalami kecederaan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Puloh, Bandar Bukit Raja, Klang, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.23 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian sebelum mendapati kenderaan terbabit ditenggelami air.

“Pasukan dari Balai Bomba Sungai Pinang digerakkan ke tempat kejadian. Kerja-kerja menyelamat mengambil masa hampir 30 minit kerana kenderaan berada di dalam parit dan tenggelam.

“Dua orang mangsa berada di dalam kenderaan yang mana seorang wanita berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala pemandu berusia 38 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika operasi menyelamat dilakukan, kedua-dua mangsa dilaporkan tenggelam bersama kenderaan mereka.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mempunyai hubungan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya