ALOR SETAR: Kira-kira 50,000 peniaga dan penjaja di negeri ini tidak sanggup menaikkan harga makanan, malah rela mengambil keuntungan sedikit walaupun berdepan dengan kenaikan barangan basah terutama sayur-sayuran secara mendadak sejak sebulan lalu. Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Baharudin Mohd. Ali berkata, keadaan tersebut menyebabkan peniaga dan penjaja kecil terbabit mendapat keuntungan sedikit kerana kos menyediakan makanan melambung tinggi. “Peniaga dan penjaja kecil tidak sanggup…