fbpx

Pengurus besar agensi kerajaan ditahan disyaki terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam menahan seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan di Sabah kerana disyaki menerima suapan kira-kira RM8,000.

Sumber berkata, lelaki itu dipercayai menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018 sedangkan kerja-kerja itu dilakukan suspek sendiri.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi oleh SPRM Cawangan Tawau.

“Bagaimanapun, difahamkan suspek telah dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 23 (1), Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 3 Disember depan. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI