Pengerusi Belia 4B johan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Terengganu - Utusan Malaysia

Pengerusi Belia 4B johan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Terengganu

MOHD. Shahril Mazuki (kiri) dan Amirah Auni Alias dinobatkan sebagai johan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 dalam majlis sambutan Hari Belia peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Terengganu, Mohd. Shahril Mazuki, 36, muncul johan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 bagi kategori lelaki dalam majlis sambutan Hari Belia peringkat negeri di sini malam tadi.

Kemenangan sama turut diraih Timbalan Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Besut, Amirah Auni Alias, 27, bagi kategori wanita.

Kedua-duanya menerima wang RM3,000 di samping trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagi kategori pertubuhan pula diraih Persatuan Belia Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Jerangau yang berjaya membawa pulang wang RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Mohd. Shahril berkata, kejayaannya itu menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang dalam pertubuhan belia sekali gus membantu komuniti setempat terutama golongan sasar di negeri ini.

Katanya, sepanjang 15 tahun aktif berpersatuan, banyak cabaran yang terpaksa dilalui termasuk cemuhan masyarakat dan sindiran daripada kepemimpinan lama.

“Bukan mudah untuk kita menggerakkan komuniti tetapi saya berpegang kepada tiga prinsip iaitu mendekati belia di samping mendengar dan mengamati permasalahan mereka,” katanya kepada pemberita.

Antara pemenang lain ialah, Che Abdul Hakim Che Mansor dan Zuhrah Nadakkavil Alassan yang merangkul Anugerah Usahawan Belia diikuti Muhammad Izzat Rosmadi dan  Afiqah Bistaman (belia tani); Muhamad Amiru Asyras Mohd. Zaki dan Nur Najwa Izzati Mohd. Riduan (pemimpin muda); Ahmad Fahmi Alias dan Sharifah Nurshafiqah Syed Suhaimi (sukarelawan) serta Abdullah Fahim Husin dan Fatimah Din (khas ADUN).

Sementara itu, Amirah Auni berkata, kejayaan merebut anugerah utama sedikit sebanyak mengubati kekecewaan tewas dalam pencalonan di peringkat kebangsaan, baru-baru ini.

“Penglibatan saya bermula sebagai sukarelawan banjir di Besut pada 2017 dan selepas itu saya terus mengorak langkah dengan GPMS hingga kini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya