Pengawal keselamatan maut rempuh kerbau - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut rempuh kerbau

KEADAAN motosikal Honda EX5 yang ditunggang Amir Zailan Zazwi selepas melanggar  kerbau di Kilometer 22, Jalan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS)-Pasir Raja berdekatan Kampung Jongok Batu, di Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pengawal keselamatan di sebuah lombong bijih besi maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau di Kilometer 22, Jalan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS)-Pasir Raja, berdekatan Kampung Jongok Batu, di sini malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa, Amir Zailan Zazwi, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Shukur, selepas tamat kerja.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan dan pelanggaran itu mengakibatkan mangsa maut manakala kerbau berkenaan  hilang di dalam semak,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya