Pendaftaran GRS sebagai gabungan rasmi perlu diteliti - Utusan Malaysia

Pendaftaran GRS sebagai gabungan rasmi perlu diteliti

BUNG Moktar (kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada pasukan bola sepak yang bertanding dalam Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin seolah-olah tidak senada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mahu agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didaftar sebagai gabungan parti politik.

Walau bagaimanapun, Bung Moktar mahu cadangan tersebut diteliti bagi melihat keburukan dan kebaikan jika gabungan tersebut didaftarkan.

“Mungkin itu pandangan peribadi dia (Salleh) namun, bagi pihak UMNO Sabah kita sedia berbincang untuk meneliti cadangan tersebut,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas semalam.

Timbalan Ketua Menteri berkata, sama ada pendaftaran GRS itu bagi mengelak pertembungan dalam pilihan raya akan datang mahupun bukan, perkara itu akan diteliti dan dibincangkan.

“Ada pandangannya yang saya tidak boleh catch up tapi, kita akan teliti dan bincangkan cadangan ini ke arah lebih baik,” katanya.

Pada 4 Oktober lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah ini menyatakan kesediaan UMNO Sabah untuk bertembung dengan Parti Pribumi Besatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, langkah itu seiring dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu mempertahan semua kerusi dimenangi di bawah payung BN-UMNO semasa PRU lalu.

Pada Khamis, Salleh, yang juga Pengerusi Kelab Backbenchers GRS menyarankan agar GRS didaftarkan sebagai gabungan parti politik secara rasmi berikutan pertembungan kerusi yang berlaku antara BN dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka baru-baru ini.

Jelas beliau, PRN Melaka memberi petunjuk jelas untuk pemimpin politik GRS duduk semeja dan bincang tindakan untuk memperkasakan GRS.

GRS dibentuk selepas PRN Sabah membabitkan gabungan antara BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya