Pemuda langgar tujuh kenderaan di jambatan Kuala Ibai positif dadah - Utusan Malaysia

Pemuda langgar tujuh kenderaan di jambatan Kuala Ibai positif dadah

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemandu Perodua Axia yang melanggar tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat di jambatan Kuala Ibai di sini, semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu menyebabkan kesemua kenderaan berkenaan mengalami kerosakan kecil, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu dan penumpang Perodua Axia yang berusia awal 30-an itu mendapati kedua-duanya di bawah pengaruh dadah. 

“Mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas kemalangan itu bagi menjalani ujian air kencing.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala kes kemalangan pula mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Axia dari arah Chendering ke pusat bandar Kuala Terengganu itu gagal membrek selepas melalui jambatan lalu melanggar tujuh kenderaan yang menunggu lampu isyarat merah.

Katanya, kesemua mangsa telah membuat laporan polis masing-masing berhubung kemalangan itu.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.