Pelakon lelaki ramai kena gangguan seksual – Namron - Utusan Malaysia

Pelakon lelaki ramai kena gangguan seksual – Namron

NAMRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon ber­penga­laman, Namron mende­dah­kan ramai pelakon lelaki menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan individu-individu berpengaruh dalam industri hiburan tempatan.

Namron atau nama sebenar-nya Shahili Abdan, 51, berkata, berdasarkan maklumat yang diceritakan kepadanya, lebih ramai pelakon lelaki yang menjadi mangsa berbanding wanita.

“Pengalaman sebegini banyak diceritakan sendiri oleh mangsa-mangsa kepada saya. Ramai yang mengadu adalah pelakon baharu.

“Yang mengadu kepada saya se­mua pelakon lelaki, perempu­an tak ada pula,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Gangguan sebegini jelasnya, tidak berlaku di depan umum, sebaliknya terjadi ketika si pe­la­ku berpeluang untuk berdua-duaan dengan mangsa.

“Macam-macam cerita saya de­ngar. Ada yang dipelawa tidur sebilik dengan si pelaku, dipeluk diraba sehingga mereka trauma,” dedahnya.

Tambah pelakon filem Bunohan ini lagi, jenayah seksual bukan perkara baharu dalam industri hiburan tempatan.

Katanya, sejak dahulu, pelakon lelaki atau wanita, lebih-lebih lagi yang baharu sering berdepan gangguan-gangguan sedemikian.

“Pelakon dahulu lebih teruk dieksploitasi. Ketika itu bukan seperti sekarang, ada media sosial.

“Jadi, ada pelakon yang terpaksa merelakan diri dipergunakan kerana mengharapkan peluang berlakon,” ceritanya.

Dalam pada itu, Namron menasihatkan pelakon baharu agar tidak mudah meletakkan diri dalam situasi yang membuka peluang kepada individu-individu tertentu untuk mengambil kesempatan.

Katanya, mereka perlu melindungi diri dan percaya rezeki datang daripada Allah SWT.

“Kalau ada yang cuba melakukan perkara tak senonoh kepada anda, jauhi atau tinggalkan mereka.

“Jangan takut, negara ada undang-undang untuk menangani jenayah salah laku seksual. Kalau diancam, buat laporan.

“Ingat, rezeki datang daripada Allah. Kalau sudah tertulis anda seorang pelakon, jangan risau, rezeki akan ada. Jadi jangan biarkan diri anda menjadi mangsa lelaki ‘hidung belang’,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya