Pejuang tidak letak calon proksi - Tun M - Utusan Malaysia

Pejuang tidak letak calon proksi – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan bahawa partinya memberi sokongan kepada mana-mana calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini selepas beliau mendapat tahu ada sesetengah pihak cuba mengaitkan Pejuang dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon Bebas.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi.

“Saya harap dengan penjelasan ini tidak lagi ada sesiapa yang akan cuba kaitkan saya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dikaitkan dengan Pejuang.

Namun, Norhizam berkata, beliau kekal bertanding sebagai calon Bebas tanpa sokongan mana-mana parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya