Pas-UMNO tidak berhasrat keluar MN, kecuali dibubarkan - Utusan Malaysia

Pas-UMNO tidak berhasrat keluar MN, kecuali dibubarkan

TUAN Ibrahim Tuan Man ketika sidang akhbar selepas Muktamar Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort di Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas tidak berhasrat meninggalkan Muafakat Nasional (MN) dan mengesahkan mahu terus kekal bersama UMNO dalam gagasan itu di sebalik pertembungan pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) Melaka.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man percaya situasi sama turut dirasakan UMNO, bahkan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang niat untuk membubarkan piagam yang dimeterai sejak 14 September 2019 itu.

“Saya rasa tiada siapa nak keluar kecuali dibubarkan dan sehingga saat ini tidak ada niat untuk membubarkannya.

“MN merupakan agenda besar penyatuan ummah jadi kita harap gagasan ini dapat kembali kepada asal yang kita terbuka termasuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Muktamar Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim optimis aktiviti pertemuan dan perbincangan dalam MN akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Katanya, situasi di PRN Melaka akan dihadapi dengan pendekatan masing-masing sekali gus berharap proses pilihan raya pada 20 November itu dapat berjalan lancar.

“Kita akan memperkasakan kekuatan parti bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan saya yakin keputusan PRN Melaka akan menjadi sebahagian perancangan pada masa depan, malah banyak pihak melihatnya sebagai indikator.

“Semua calon Pas akan mengangkat baiah sebagai tanda istiqamah tidak keluar parti sekiranya menang selaras komitmen parti menentang agenda lompat parti,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya dakwaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah kononnya MN sudah lama mati, Tuan Ibrahim menegaskan pemimpin veteran berkenaan tidak terlibat dalam jawatankuasa MN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya