'Pas selamatkan UMNO yang parah' - Utusan Malaysia

‘Pas selamatkan UMNO yang parah’

ANTARA 650 perwakilan yang menyertai Muktamar Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas perlu mempelajari pengalaman lalu termasuk ketika menyelamatkan UMNO yang cedera parah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam usaha menyatukan parti-parti Melayu-Islam sebagai teras politik negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha penyatuan ummah bukan tugas mudah, kerana tentunya berdepan dengan kelompok umat Islam yang melampaui batas dan suka bertelagah.

Bagaimanapun, katanya, peranan Pas sebagai pendamai menerusi wadah Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya menemukan semula UMNO dan  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha penyatuan ummah memerlukan kesungguhan dan jiwa besar, saling bertoleransi serta bersabar demi mencapai kejayaan yang didambakan. Namun, kita wajib menghadapi PRU-15 dengan perpaduan yang dibina.

“Jangan wujudkan sebarang perpecahan kerana sikap tamak, mementingkan diri atau dendam kesumat hingga keputusan PRU-14 berulang,” katanya dalam ucapan dasar bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’ sempena Muktamar Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort, di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi berkata, muktamar kali ini adalah yang terpenting dan berkemungkinan terakhir sebelum menghadapi PRU-15.

Katanya, platform itu bukan sahaja dapat menentukan hala tuju parti dalam menghadapi pilihan raya dengan mengekalkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang dimenangi Pas, malah menambah bilangan kerusi di samping pengaruh ke negeri lain. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×