Pas 'Keluarga Malaysia' dilancarkan, galak rakyat guna pengangkutan awam - Utusan Malaysia

Pas ‘Keluarga Malaysia’ dilancarkan, galak rakyat guna pengangkutan awam

ISMAIL Sabri Yaakob ketika turun dari tren untuk melancarkan pas perjalanan Keluarga Malaysia di Stesen KL Sentral. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan pas ‘Keluarga Malaysia’ bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Beliau berkata, pas yang bakal dijual pada 1 Disember ini membolehkan setiap keluarga seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel dan bas Rapid Transit-Laluan Sunway pada hari minggu dan cuti umum.

Katanya, pas tersebut yang merupakan inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan dijual pada harga RM15 dan dapat digunakan seramai empat orang.

“Ini bermakna setiap orang bayar RM3.75 untuk perkhidmatan yang disediakan.

“Inisiatif ini dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam serta melawat tempat menarik,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Pas Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN