Pas jangan bernada angkuh, lebih terjamin jika terima tawaran UMNO  - Utusan Malaysia

Pas jangan bernada angkuh, lebih terjamin jika terima tawaran UMNO 

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan Pas lebih terjamin termasuk mempunyai wakil di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya bersama UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini termasuk DUN Bukit Katil yang ditawarkan UMNO bagi mengalahkan musuh tradisi Parti Amanah Negara (Amanah).

“Jika Pas terima pelawaan UMNO tempoh hari, sudah tentu Pas akan punya wakil di tiga DUN dengan mudah termasuk DUN Bukit Katil yang sejak dari awal ditawarkan UMNO bagi  mengalahkan musuh tradisi mereka Amanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Patutnya tidak perlulah bernada angkuh nak gugat kubu kuat BN atau tidak. Lagipun bukankah Pas berulang kali sebut nak lawan DAP-PH? Kenyataan sebegini buat kita jadi keliru, musuh Pas ni siapa sebenarnya?” Soalnya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang sebelum ini  berkata, Pas dan Perikatan Nasional (PN) masih mampu menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam PRN Melaka biarpun dilabel ‘underdog’ termasuk dijangka bungkus di semua kerusi ditandingi.

Katanya, ini kerana, dalam pilihan raya itu, PN merampas dua kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×