KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memutuskan perkara itu menerusi undian suara majoriti yang bersetuju ke atas perbentangan itu.
“Lebih suara bersetuju jadi Kepala Bekalan B1 hingga B9 dan B40 jadi sebahagian daripada jadual.
“Sebulat suara bersetuju, maka perbelanjaan di bawah bekalan P6 dan P7 jadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan,” katanya di Dewan Rakyat di sini.
Perkara itu diputuskan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 peringkat dasar pada 18 November lalu.-UTUSAN ONLINE










