[PARLIMEN] Pembangkang minta bahas isu Mitra - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Pembangkang minta bahas isu Mitra

LIM GUAN ENG , ANWAR IBRAHIM dan RSN RAYER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen pembangkang terus mengasak supaya perbahasan berkaitan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) dibenarkan dibahas di Dewan Rakyat.

Anwar Ibrahim [Port Dickson-PH] berkata, Parlimen haruslah bersedia untuk membincangkan pelbagai isu supaya sistemm semak dan imbang boleh dilaksanakan.

“Saya hendak tekankan di sini, jangan kita jadikan Parlimen ini tempat untuk menolak semua perbincangan soal substantif.

“Isu Mitra ini kalau kita lihat sebagai satu contoh. Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ambil tindakan tindakan hanya untuk mereka yang di bawah sahaja. Yang hendak tanya ini, apakah kita boleh biarkan dana untuk kaum India miskin itu diseleweng dan untuk kepentingan beberapa pihak?.

“Kenapa Parlimen tidak boleh bahas soal Mitra. Kalau Speaker kata boleh buat rayuan, saya ada pengalaman tiga kali berkaitan Pandora Papers namun tiga kali itu fail hilang,” katanya ketika mencelah sebelum ucapan penggulungan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khlalid.

Turut mencelah adalah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kemudiannya meminta supaya ahli Parlimen itu mengemukakan surat rayuan untuk memohon kebenaran perbahasan.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli Parlimen itu terus mendesak supaya keputusan dibuat segera supaya menteri-menteri yang terlibat boleh jawab kemudian.

Persidangan itu menjadi panas susulan tindakan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang dikatakan mengelak untuk menjawab isu Mitra selepas  dinasihatkan oleh SPRM semalam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya