[PARLIMEN] Lebih 1,400 doktor kontrak letak jawatan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Lebih 1,400 doktor kontrak letak jawatan

PICKids
NOOR AZMI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan atas pelbagai alasan.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ia merupakan rekod yang diambil sejak 2017 hingga Jun tahun ini.

Daripada jumlah itu juga, ia membabitkan 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019), 511 orang (2020) dan 514 orang (dari Januari hingga 26 November 2021).

“Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan hak yang diputuskan sendiri pegawai atas sebab tertentu.

“Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor) meminta kerajaan menjelaskan berapa jumlah pegawai perubatan siswazah yang meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya