[PARLIMEN] Filem Daulat tidak lulus untuk tayangan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Filem Daulat tidak lulus untuk tayangan

ISMAIL MOHAMED SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebuah filem tempatan, Daulat tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan.

Filem tersebut membawa naratif mengenai kisah politik diterbitkan pada April tahun lalu, menampilkan barisan pelakon antaranya Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya Chin, Cristina Suzanne dan Zul Zamir.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail dalam masa yang sama turut menjelaskan, selain Daulat, terdapat lima filem yang diberi keputusan Tidak Lulus Untuk Tayangan tahun lalu iaitu Real Love yang diterbitkan di Perancis, Shubh Mangal Zyada Saavdhan dan Pallu Padama Paathuka (India), White Eye (Israel), Boluomi (Taiwan) serta satu filem terbitan dari China, Battle At Lake Changjin.

Dalam pada itu, menteri turut memaklumkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan kekal diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan kandungan filem yang ditayangkan kepada umum tidak melanggar empat aspek utama yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

“LPF tidak diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kerana fungsi LPF adalah terhad kepada penapisan kandungan filem yang telah siap untuk ditayangkan kepada umum.,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP – Kepong) di Dewan Rakyat, hari ini.

“LPF tidak terlibat dalam urusan pembikinan atau pengeluaran filem sebagaimana yang telah pun sedia dilaksanakan secara langsung oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), iaitu salah satu agensi di bawah KKMM yang melaksanakan fungsi khusus untuk membangunkan industri filem tempatan berdasarkan kepada peruntukan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244),” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya