KUALA LUMPUR : Sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 97.5 peratus guru sudah lengkap vaksinasi Covid-19.
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, 99.04 peratus guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
“Statistik dan data ini dikeluarkan dari semasa ke semasa.
“Mengenai tindakan bakal diambil terhadap guru yang enggan mengambil vaksin terbabit pula, akan berpandu kepada arahan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Wong Ling Biu (PH-Sarikei) ketika soalan tambahan meminta kerajaan menjelaskan berapa jumlah guru yang sudah menerima vaksin Covid-19 setakat ini. -UTUSAN ONLINE










