Operasi tren JB Sentral-Kempas dihenti sementara - Utusan Malaysia

Operasi tren JB Sentral-Kempas dihenti sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Operasi tren antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas Baru dihentikan sementara ekoran pelaksanaan kerja menaik taraf Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru Sentral yang dijalankan di dua stesen itu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu, kerja naik taraf itu bermula 23 November ini sebelum dijangka siap dalam tempoh enam bulan iaitu pada Mei 2022.

Susulan itu, operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan JBS-Gemas-JBS dan Ekspres Rakyat Timuran bagi laluan JBS-Tumpat-JBS mengalami perubahan.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, mulai Selasa ini, penumpang yang menggunakan perkhidmatan Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran perlu ke Stesen Kempas Baru kerana perkhidmatan trentamat dan mula di situ. 

“Penumpang yang telah membeli tiket di JBS yang tidak berhasrat meneruskan perjalanan, pemulangan tambang penuh dikreditkan ke dalam KTM Wallet melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS).

“KTMB juga akan bekerjasama dengan syarikat e-hailing bagi memastikan ketersediaan pengangkutan alternatif di stesen yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya