fbpx

23 Januari 2022, 8:12 am

  TERKINI

Op Menu: Empat kedai makan dikompaun di Terengganu

SAHARUDDIN MOHD. KIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Empat premis restoran dan kedai makan di Terengganu dikompaun dalam Op Menu, dari 6 November lalu hingga kini. 

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, kompaun itu membabitkan premis di daerah ini, Kemaman, Besut dan Dungun.

Katanya, daripada jumlah itu, dua restoran dikesan gagal meletakkan tanda harga pada menu manakala bakinya pula menggunakan timbangan yang tidak ditentusahkan bagi perdagangan.

“Keempat-empat kes itu dikompaun dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1,000 dan sehingga kini kita sudah melakukan sebanyak 346 pemeriksaan di restoran serta kedai makan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pemeriksaan Op Menu di sebuah restoran, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Saharuddin menasihatkan pemilik premis dan peniaga  agar tidak bermain harga atau mengambil kesempatan terhadap pengguna terutama menjelang musim cuti persekolahan pada 11 Disember ini.

Katanya, seramai 119 pegawai penguatkuasa dan 59 pegawai pemantau harga akan menggandakan pemantauan di restoran dan kedai makan seluruh negeri. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI