Norhizam mahu tubuh NGO ‘YB Viral’ - Utusan Malaysia

Norhizam mahu tubuh NGO ‘YB Viral’

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama ‘YB Viral’, selepas gagal mempertahan kerusi disandangnya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Norhizam berkata, meskipun tewas, beliau akan meneruskan segala usaha membantu masyarakat seperti yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, bakti itu  dilaksana menerusi NGO yang dirancang ditubuhkan dalam masa terdekat.

“Saya akui kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun itu tidak akan melemahkan semangat untuk terus berbakti pada rakyat yang telah mengundi saya. Saya mungkin akan menubuhkan sebuah NGO atas nama YB Viral yang membawa maksud ‘yang bekerja’, bukan ‘yang berhormat’ untuk meneruskan kerja-kerja menyantuni rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sindiran warganet yang mendakwa dirinya akan meneruskan pekerjaan sebagai pemandu van, Norhizam memberitahu, beliau berlapang dada dan menyifatkan komen berbaur negatif itu diberikan oleh mereka yang berfikiran sempit.

“Anda boleh komen tetapi jangan komen benda sampah. Sekiranya sekadar ingin memberikan komen negatif, saya kira tidak perlulah. Cerita saya bawa van seperti pekerjaan itu terlalu hina, sedangkan yang lebih hina adalah pekerjaan mengambil duit rakyat. Salah ke kalau saya mencari rezeki membawa van atau mengusahakan perniagaan logistik?” Soalnya.

Terdahulu, keputusan PRN Melaka menyaksikan DUN Pengkalan Batu dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Noordin dengan majoriti 131 undian.

Norhizam yang bertanding menggunakan simbol kunci pula kehilangan deposit selepas hanya memperoleh 1,218 undian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.