Negeri Sembilan kutip RM11.876j hasil bukan cukai - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan kutip RM11.876j hasil bukan cukai

AMINUDDIN Harun menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan pada Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-14 di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak RM11.876 juta diperoleh Kerajaan Negeri Sembilan menerusi kutipan hasil bukan cukai bagi faedah, perolehan dan pelaburan pada tahun ini setakat 31 Oktober lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terimaan hasil bagi butiran tersebut meliputi faedah dan dividen daripada simpanan tetap kerajaan serta pulangan pelaburan, bon dan sukuk yang dijangka diperoleh pada bulan Disember ini.

“Kutipan bagi perolehan daripada jualan barang-barang pula adalah sebanyak RM65 juta bersamaan 49.92 peratus daripada sasaran belanjawan. Kutipan ini melibatkan premium tanah yang mencatatkan pengurangan ketara daripada kutipan hasil.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih lama pada tahun ini  mengakibatkan sektor hartanah terjejas dan penurunan aktiviti pembangunan tanah, ia juga telah menghalang kegiatan aktiviti pembinaan dan pengkuarian,” katanya dalam Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-14 di sini hari ini. – UTUSAN ONLIINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya