Najib seru keluar mengundi, pastikan masa depan Melaka terjamin - Utusan Malaysia

Najib seru keluar mengundi, pastikan masa depan Melaka terjamin

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Melaka yang belum keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Beliau berkata, seruan itu dibuat bagi memastikan masa depan dan pembangunan Melaka terjamin.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada semua pengundi Melaka yang menunaikan kewajipan mengundi pagi tadi.

“Kepada yang belum, ayuh keluar mengundi! Pastikan masa depan dan pembangunan Melaka terjamin!” Katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hari ini, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran dibuka pada pukul 8 pagi ini bersempena PRN Melaka.

Dijangka sebanyak 476,037 pengundi akan keluar mengundi hari ini bagi memilih 28 daripada 112 calon bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Para pengundi boleh menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula 8 pagi sehingga 5.30 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya