MOSTI raih pencapaian KPI 100 peratus - Utusan Malaysia

MOSTI raih pencapaian KPI 100 peratus

ADHAM Baba beramah mesra bersama Pengarang Kosmo!, Wan Hasnan Wan Hassan (kanan) dan wartawan Utusan Malaysia, Maisarah Sheikh Rahim pada program libat urus MOSTI bersama Ketua-Ketua Pengarang Media di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meraih pencapaian 100 peratus bagi petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian pada sesi pembentangan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pada sesi pembentangan kad laporan itu, beliau membentangkan tiga KPI utama kementerian kepada Perdana Menteri.

“Ia termasuk Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta Institut Genom & Vaksin Negara (MGVI); Pembangunan Ekosistem Industri Pemula Start-up yang Komprehensif dan Penginovasian Sistem Penyampaian Kerajaan (MyHackathon).

“Sukacita saya kongsikan bahawa ketiga-tiga KPI utama saya selaku Menteri MOSTI telah mencapai 100 peratus,” katanya ketika berucap pada Program Libat Urus Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media, di sini hari ini.

Katanya, semua kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa kerjasama semua pihak termasuk warga kerja kementerian dan juga bantuan media yang memberi liputan hampir setiap hari. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya